Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong

31 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertangungjawab.

5 Garis Panduan Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Bersuara:

1. BERINGAT BILA BERCAKAP - Berwaspada dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
2. BERCAKAP BENAR - Anda bebas meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.
3. BIJAK MENILAI - Fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari.
4. LUAHKAN PENDAPAT BERDASARKAN FAKTA - Sahkan fakta sebelum berkongsi, bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar.
5. BERI PANDANGAN TANPA MENYEBARKAN KEBENCIAN - Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali